Monday, July 2, 2012

Pasangan Kekasih Ditahan Bersama Heroin

Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki dan mengedar heroin di sebuah rumah di Kampung Felda Bading di Ajil semalam.

Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan kira-kira pukul 6.45 pagi dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.


Timbalan Ketua Polis Derah Hulu Terengganu, ASP Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, pihak polis menemui 11 botol dadah dipercayai jenis heroin bernilai kira-kira RM13,200 di bawah katil di dalam bilik tidur suspek lelaki yang berusia 32 tahun dan teman wanitanya yang berusia 24 tahun.

"Suspek dipercayai baru sahaja mengambil bekalan dadah tersebut dari Rantau Panjang, Kelantan dan tidak sempat untuk diedarkan di sekitar kawasan Ajil.

No comments:

Post a Comment