Wednesday, July 25, 2012

Jabatan Kesihatan Terengganu Lancar Sambutan Bulan Kemerdekaan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan mengadakan pelbagai program bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ke-55 tahun ini.

Pengarahnya Dr Anwa Sulaiman berkata, antara program yang dirancang ialah mengadakan pertandingan keceriaan di semua jabatan kesihatan di negeri itu.
"Pemenang akan dicalonkan sebagai wakil Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ke pertandingan keceriaan peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Dr Anwa berkata aktiviti lain ialah program berjalan kaki 10,000 langkah merdeka pada 9 Sept di bandar Cukai, Kemaman sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat negeri.

Selain itu, majlis tahlil dan berbuka puasa di semua jabatan kesihatan di negeri itu akan diadakan serentak pada 1 Ogos, katanya.

No comments:

Post a Comment