Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bercadang menaikkan jumlah denda terhadap umat Islam yang ditangkap tidak berpuasa di negeri ini.
Pesuruhjayanya Mohd Razali Saleh berkata, perkara itu dipertimbang bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab sesetengah umat Islam yang makan di khalayak umum tanpa silu ketika Ramadan.
Selain itu, JHEAT juga akan meningkatkan penguatkuasaan pada Ramadan kali ini.
"Kita harap mana-mana umat Islam yang tidak berpuasa menghormati bulan mulia ini dengan tidak makan atau minum secara terbuka di tempat awam,” katanya di Kuala Terengganu hari ini.
Sementara itu, JHEAT telah mengatur pelbagai program bagi mengisi bulan Ramadan kali ini termasuk ceramah agama di jabatan kerajaan ketika waktu rehat serta kuliah subuh di masjid di seluruh negeri.
No comments:
Post a Comment