Wednesday, July 4, 2012

JHEAT Hanya Lulus Tujuh Permohonan Sijil Halal

Hanya tujuh daripada 43 permohonan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) yang dibuat menerusi borang permohonan yang lengkap secara atas talian dan e-halal, bakal diluluskan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan kewujudan premis makanan dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di seluruh Terengganu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata tahap kesedaran pengusaha premis makanan di negeri itu masih rendah dan kebanyakan mereka melihat isu sijil halal itu sebagai perkara kecil dan remeh.


"Alasan kebanyakan mereka ialah permohonan secara atas talian, e-halal sangat menyukarkan mereka mengisi dokumen berkaitan sedangkan jika dokumen permohonan itu lengkap hanya mengambil masa tujuh hari untuk diproses.

"Bahagian Unit Penyelidikan JHEAIT tidak akan memproses dokumen permohonan yang tidak lengkap sekaligus melambatkan kelulusan memperoleh sijil halal," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment