Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersama anggota veteran tentera pada majlis di Kuala Terengganu kelmarin. |
Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1Malaysia akan melabur kira-kira RM200 juta dalam pelbagai bidang untuk kepentingan anggota-anggota yang sebahagiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas berhenti kerja.
Pengerusi KVTTB Mohd Sabri Abdul Malik berkata tumpuan utama pelaburan itu akan diberikan kepada penternakan lembu, perniagaan, pinjaman dan lain-lain yang diharap dapat menjana ekonomi koperasi.
"Kita sekarang sedang mengumpul anggota di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak melalui program Jejak Kasih," katanya kepada pemberita selepas program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Sabri berkata wang pelaburan itu dijangka disumbangkan oleh kerajaan pusat sebaik sahaja pendaftaran KVTTB diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Kita sekarang dalam proses pendaftaran KVTTB dengan SKM," katanya dan menjelaskan bahawa kumpulan veteran tentera tidak berpencen telah ditubuhkan pada 10 Mac lepas.
No comments:
Post a Comment