Jumlah guru bagi program Pembantu Guru Bahasa Inggeris atau English Teaching Assistants (ETA) dari Amerika Syarikat di negara ini akan ditambah kepada lebih 75 orang pada tahun depan berbanding 50 orang pada masa ini.
Kaunselor Bahagian Pengurusan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Eric Khant berkata program ETA yang bertujuan membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Malaysia adalah yang kedua terbesar di Asia Pasifik selepas Korea Selatan dan ketiga terbesar di dunia.
Pada peringkat awal program itu diperkenalkan, kebanyakan mereka ditempatkan di sekolah di Pahang, Terengganu dan Johor dan mulai tahun depan mereka akan ditempatkan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar, katanya kepada pemberita selepas Melaka semalam
Pameran itu, yang bermula semalam sehingga 30 Julai bertemakan "An Enduring Bond" menampilkan foto menarik tentang US Peace Corps di Malaysia yang bermula 50 tahun lepas apabila sekumpulan 36 warga Amerika tiba di Kuala Lumpur untuk membantu usaha pembangunan Malaysia dan memupuk hubungan muhibah.
Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh didapati di laman web http://malaysia.usembassy.gov/pcv_photoexhibit.html atau http://www.peacecorps.gov.
No comments:
Post a Comment