Monday, July 16, 2012

Kepulangan Wira Terengganu Bakal Disambut Meriah

Kontinjen `Terengganu Hanelang’ yang selangkah mengesahkan kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) secara rasmi buat kali keempat berturut-turut pada temasya ke-15 Pahang yang berakhir hari ini  dijangka akan tiba di sempadan Pahang-Terengganu, kira-kira jam 11.30 pagi esok (Selasa).

Ketibaan wira-wira sukan dengan diketuai Ketua Kontinjen, Wan Nawawi Wan Ismail (gambar atas) yang berjaya merekod sejarah tersendiri buat negeri dan negara selepas melepasi sasaran 47 emas itu akan disambut orang-ramai sebaik sahaja memasuki Kemaman.


Skuad Terengganu dijangka akan berarak bersama piala kejuaraan Sukma singgah di Pejabat Daerah Kemaman sebelum dibawa mengelilingi bandar Kemaman dan menikmati makan tengahari di situ.

Pada sebelah petangnya, rombongan akan bergerak ke Kuala Terengganu dan menyertai acara Pengibaran Jalur Gemilang Peringkat Negeri, di Dataran Syahbandar, kira-kira jam 9 malam.

Program pengibaran Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55 dijangka akan dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment