Sunday, July 8, 2012

Kerajaan Negeri Lulus Tanah Penempatan Generasi Kedua Felcra

 Kerajaan negeri Terengganu meluluskan tanah seluas 40 hektar untuk penempatan generasi kedua Felcra Bukit Kepah, di sini bagi mengelak mereka berhijrah ke tempat lain.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata antara sebab generasi kedua Felcra itu berhijrah ke merata tempat kerana tiada tempat khusus bagi mereka untuk mendirikan rumah.


"Kita harap generasi kedua Felcra akan terus kekal berada di situ untuk terus mengusahakan tanah keluarga mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah yang dimajukan oleh Felcra daerah Hulu Terengganu semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra Mohd Fauzi Mohd Tahir. Ahmad berkata di kawasan Felcra Bukit Kepah terdapat banyak kawasan atau tanah-tanah kosong yang tidak diusahakan untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua Felcra di situ.

No comments:

Post a Comment