Sunday, July 8, 2012

Kerajaan Terengganu Diminta Segerakan Projek Infrastktur Di Kuala Nerus

Kerajaan negeri Terengganu diminta menyegerakan semua projek pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Kuala Nerus yang bakal dijadikan daerah kelapan di negeri itu.

Anggota Parlimennya Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata beliau berharap projek pembinaan kompleks pejabat pentadbiran di kawasan itu disegerakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya proses pembangunan infrastruktur itu sepatutnya dimulakan pada bulan lepas namum sehingga ini, ia masih belum dimulakan.


"Saya bimbang kelewatan ini akan dipolitikkan oleh pembangkang yang akan menggunakan isu tersebut untuk meraih undi rakyat menjelang pilihan raya umum nanti, kononnya kerajaan hanya menabur janji namun tidak menunaikannya," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Media semalam.

Pada April lalu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan kompleks pentadbiran Kuala Nerus dan sejumlah RM20 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja fasa pertama

No comments:

Post a Comment