Tuesday, July 10, 2012

Kerajaan Terengganu Lancar Anak Syarikat Baharu, T'Hardware

Kerajaan negeri Terengganu semalam melancarkan sebuah lagi anak syarikat yang diberi nama T'Hardware, yang memberi fokus kepada pembukaan rangkaian peruncitan dan pemborongan pembekalan barangan binaan dan perkakasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri memperuntukkan antara RM200,000 dan RM1 juta untuk modal pusingan syarikat berkenaan.

"Ini satu lagi langkah kerajaan negeri untuk melihat usahawan, terutama usahawan Bumiputera, berkecimpung dalam bidang perniagaan perkakasan yang sebelum ini dimonopoli oleh bangsa lain," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat-syarikat pelabur, untuk menggerakkan T'Hardware supaya terus maju dalam bidang tersebut.

Syarikat-syarikat berkenaan ialah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Q-Bena Resource Sdn Bhd, Modular Mentari Sdn Bhd dan ZNZ Multi Trade.

No comments:

Post a Comment