Saturday, July 7, 2012

Lawatan Sehari Perdana Menteri Ke Terengganu 13 Julai


Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka mengadakan lawatan sehari ke Terengganu, pada 13 Julai (Jumaat) ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, beberapa acara akan mengisi program pemimpin utama negara itu termasuk solat jumaat di Masjid Bukit Payong, Marang, sebelum menyertai jamuan rakyat bersama seluruh penduduk tempatan di Padang Bola, Bukit Payong.


Katanya, program kemudiannya disusuli dengan perjumpaan dengan Rela seluruh Terengganu di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu yang dijangka akan dihadiri kira-kira 20,000 orang.

"Selesai acara di Stadium Tertutup, Datuk Sri Mohd Najib akan menemui jentera peti undi seluruh Terengganu yang diadakan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

“Lawatan beliau dalam tempoh seminggu dari sekarang dan ini maklumat terbaru yang saya terima," katanya di Alor Limbat, Marang, semalam (5 Julai).

Menurut Yahya lagi, kunjungan Perdana Menteri ke Bukit Payong sebagai hadiah kepada penduduk di DUN berkenaan memandangkan Umno Terengganu mensasarkan mampu memenangi (Pilihan Raya Umum ke-13) di kawasan itu nanti.

Teganukita

No comments:

Post a Comment