Saturday, July 7, 2012

Sultan Mizan Saksikan Match Cup Sweden

Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama krew pasukan GAC Pindar ketika baginda menyaksikan perlumbaan kapal layar STENA Match Cup Sweden di Marstrand, Sweden semalam.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah tiba di Marstrand, Sweden semalam untuk menyaksikan perlumbaan kapal layar STENA Match Cup Sweden.

Ia merupakan perlumbaan ketiga dalam kalendar Perlumbaan Jelajah Alpari World Match. Pasangan Diraja itu meluangkan masa menyaksikan aksi pelayar-pelayar kelas dunia sebelum ke Gothenburg.


Sultan Mizan yang merupakan peminat No. 1 kejohanan kapal layar tempatan, Piala Monsoon, telah beberapa kali menyaksikan perlumbaan siri akhir dan berangkat ke Sweden untuk merasai pengalaman perlumbaan Perlumbaan Jelajah Alpari World Match.

Ketika kunjung tersebut, baginda sempat meluangkan masa menaiki kapal layar pasukan GAC Pindar yang diketuai juara bertahan Jelajah, Ian Williams yang memburu kejuaraan Dunia keempat tahun ini, untuk menyamai pencapaian Peter Gilmout (YANMAR Racing).

Baginda turut menerima kunjungan penganjur kejohanan Jan Torstenson, yang menyifatkan mereka amat berbesar hati kerana menerima tetamu Diraja itu.

"Baginda merupakan peminat sukan layar dan Sweden adalah tempat yang paling hebat untuk sukan ini," kata Torstenson.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment