Wednesday, July 4, 2012

Lebih 500 Petugas Media Dijangka 'Berkampung' Di Pahang Sempena Sukma


Lebih 500 petugas media pelbagai organisasi dijangka 'berkampung' di Pahang sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung dari 7 hingga 16 Julai ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi, Publisiti dan Siaraya Sukma Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata kehadiran petugas media akan dapat memberi kesan mendalam terhadap keberlangsungan temasya sukan terbesar negara itu yang melibatkan 15 kontinjen termasuk Brunei dalam 24 jenis sukan yang dipertandingkan.


"Secara tidak langsung, promosi yang dilakukan media diharap akan memberi impak baik kepada perkembangan industri pelancongan dan pelaburan di Pahang," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Media Sekretariat Sukma Pahang di Stadium Darul Makmur, di Kuantan, semalam.

Bilik Media Sukma yang dikendalikan Jabatan Penerangan Pahang, dilengkapi pelbagai kemudahan asas selain tempat rujukan petugas media.

Selain itu, Mohd Sharkar berkata Jabatan Penerangan juga telah mengenal pasti beberapa penulis blog yang secara sukarela datang ke negeri ini untuk turut mempromosi temasya itu

No comments:

Post a Comment