Wednesday, July 4, 2012

Tidak Wajib Pohon Sijil Dan Logo Halal - Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengusaha premis makanan tidak diwajib memohon sijil halal, namun digalak berbuat demikian secara sukarela.

Langkah itu katanya sebagai tanda prihatin terhadap pengguna Islam di negara ini.




"Kerajaan tidak paksa semua kedai (pohon dan pamer sijil dan logo halal) kerana pasaran kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Jika kita wajibkan, kita terpaksa fikir tentang makcik berniaga nasi lemak di Kedah, nasi dagang di Kelantan, dan keropok lekor di Terengganu yang duduk di kampung dan tak pernah keluar tetapi terpaksa pula memohon sijil halal, maka tutup kedailah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Bual Bicara Dar Assaadah' di Pusat Perlindungan Dar Assaadah, di Kuala Lumpur  semalam.

No comments:

Post a Comment