Friday, July 13, 2012

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Sedia 2,900 Tapak Bazar Ramadan

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan kira-kira 2,900 tapak Bazar Ramadan di 20 lokasi tahun ini.

Antaranya ialah di Pasar Cabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Pasar Payang, Batu Enam, Kedai Buloh, Wakaf Tengah, Gong Badak, Batu Buruk, Dataran Syahbandar, Permin Jaya, Pengadang Baru, Jalan Budiman, Dataran Taman Purnama, Kampung Baru Seberang Takir, Teluk Ketapang dan Batas Baharu.


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPKT, Rosminah Salleh berkata penyediaan tapak bazar dikendalikan bersama dengan beberapa buah persatuan penjaja dan peniaga kecil. Beliau berkata setiap bazar mempunyai antara 13 hingga 350 tapak bergantung kepada keluasan sesuatu lokasi.

"Penjualan dan pengeluran borang bagi mendapat tapak bazar yang berharga antara RM70 hingga RM100 bagi setiap tapak telah dikeluarkan 14 Jun lepas dan ditutup pada 28 Jun.

Namun masih terdapat tapak yang kosong," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment