Gandingan mantap Amira Syahirah Mohd Zulkefli dan kuda kesayangannya 'Dicky' menghasilkan dua emas buat Terengganu pada acara ekuestrian Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pusat Ekuestrian Tanjung Lumpur di Kuantan, semalam.
Dicky berjaya memikat para juri pada acara 'dressage' untuk mengumpul mata tertinggi 63.54 peratus.
'Super CJ7' milik atlet Perak Mohamad Faiz Hanuar berada di tempat kedua
dengan mata 62.55 peratus manakala 'Samalinda' yang ditunggang oleh
Natalya Aira Wah Idris dari Wilayah Persekutuan memperoleh 61.98 peratus
untuk tempat ketiga.
Dalam acara 'showjumping', Amira Syahirah melakukan tunggangan yang baik untuk mencatat purata masa 74.34 saat daripada dua pusingan dan hanya gagal pada satu lompatan sahaja.
Gadis berasal dari Kuala Terengganu memberitahu Bernama, beliau dan 'Dicky' sudah biasa menyertai kejohanan dan kuda berwarna coklat itu tidak lagi gementar dengan suasana pertandingan seperti hari ini.
No comments:
Post a Comment