Thursday, July 12, 2012

Majlis elia Felda Wilayah Terengganu Bantah Perhimpunan Oren 14 Julai Ini

Anggota Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu (MBFM) Rabu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cadangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengadakan perhimpunan Oren sebagai membantah Penubuhan Felda Global Venture Holding (FGVH) Sdn Bhd.

Pada demostrasi selama setengah jam di perkarangan pejabat Felda Wilayah Terengganu di Kuala Terengganu, yang disertai kira-kira 50 anggota MBFM itu, mereka turut menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani pada kira-kira 11.45 pagi semalam.

Terdahulu, mereka yang mewakili Majlis Belia Felda seluruh Terengganu turut membuat 15 laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu berhubung perkara itu.

Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu, Mohd Azani Mohd Noor berkata mereka menyifatkan perhimpunan Oren akan menjejaskan imej Felda seterusnya memberikan perspektif negatif kepada pelabur terhadap prospek FGVH.

"Saya terpanggil membuat laporan polis agar pihak penganjur perhimpunan Oren dikenakan tindakan undang-undang...tindakan kumpulan ini (ANAK) amatlah tidak disenangi dan dipersetujui oleh majoriti peneroka serta warga Felda yang lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Abd Malib berkata pihaknya akan memanjang bantahan tersebut kepada pengurusan tertinggi Felda dengan segera.

No comments:

Post a Comment