Wednesday, July 11, 2012

Masalah Peruntukan Halangan Utama Penempatan Pelajar Di PSMZA


Masalah peruntukan terhad menjadi halangan utama buat Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pengajian Tinggi menyelesaikan masalah penempatan pelajarnya yang turut menjadi isu setempat melibatkan komuniti.

Ketua Pengarah JPP, Mejar (K) Md Nor Yusof berkata, pihaknya berhasrat untuk menambah penempatan untuk keperluan lebih 5,000 pelajar yang sedang menuntut di sini, namun peruntukan kerajaan yang terhad menyebabkan segala usaha berkenaan terpaksa dilakukan secara berperingkat.

Katanya, akibat rungutan daripada pihak politeknik terhadap keperluan tersebut, pihaknya dengan kerjasama syarikat swasta sedang berusaha untuk menambah 10,000 katil yang bakal diagihkan ke semua politeknik di seluruh negara termasuk Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

 Mejar (K) Zolkarnain (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Md Nor sebagai tanda kenangan selepas majlis perasmian minggu suai kenal di PSMZA, pagi semalam.

“Kita hendak atasi semua memang tak mampu, tapi Mejar (K) Zolkarnain (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Md Nor sebagai tanda kenangan selepas majlis perasmian minggu suai kenal di PSMZA, pagi semalam. kita cuba tingkatkan sekitar 30 peratus,

“Keperluan ini seharusnya diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar baru yang bakal menginap di kamsis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan minggu suai kenal pelajar baru sesi Julai 2012 di dewan utama PSMZA dekat Dungun, pagi semalam.

Hadir sama Pengarah PSMZA, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi. Katanya, penuntut juga tidak boleh selamanya bergantung kepada pihak pengurusan untuk menyediakan segala keperluan penginapan, sebaliknya mereka juga harus dilatih dengan semangat berdikari agar mampu berdaya saing apabila tamat pengajian nanti.

“Pelajar seharusnya didedahkan dengan cabaran hidup, tidak seharusnya dilindungi setiap masa. Jika tidak mereka tidak matang untuk menghadapi cabaran di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, hampir 900 pelajar baru mendaftar masuk ke PSMZA pada sesi pengambilan Jun 2012.

Seramai 639 orang daripada mereka melaporkan diri Ahad lalu manakala sebahagian lagi belum berbuat demikian kerana beberapa urusan termasuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Mereka yang kesemuanya ditempatkan di asrama bakal mengikuti sembilan program pengajian peringkat diploma di Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Mereka kini didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti kerohanian, kokurikulum serta maklumat berkaitan pengurusan akademik dan pentadbiran politeknik dalam program Minggu Suai Kenal.


Sinar Harian & Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment