Wednesday, July 25, 2012

OKU Kurang Ambil Kad Baru

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengadakan kempen meluas bagi menggalakkan kira-kira 21,000 pemegang kad orang kurang upaya (OKU) bertukar kepada kad OKU yang baru menjelang Ogos ini.

Timbalan Pengarah 1, JKM negeri, Che Mah Darus berkata, sempena Ramadan ini, risalah mengenai maklumat penukaran kad baru itu akan turut disebarkan melalui masjid-masjid di seluruh negeri.

Selain itu katanya, JKM turut bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada OKU atau keluarga terdekat bagi membolehkan ia dilakukan secara berkelompok.

Menurutnya, kad baru yang bercirikan MyKad itu bertujuan memastikan golongan tersebut mendapat akses terbaik dengan 32 kemudahan disediakan oleh kerajaan termasuk bayaran di hospital kerajaan, potongan tambang pengangkutan dan biasiswa pengajian.

No comments:

Post a Comment