Terengganu berjaya mengawal kegiatan pembalakan dengan cara bersistematik melalui penggunaan Sistem Tebangan Memilih atau SMS sejak 38 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Toh Chin Yaw berkata dengan mengamalkan sistem tersebut yang dipelopori dari satu kajian yang diadakan di Perhutanan Simpanan Gunung Tebu, Besut pada 1974 itu membolehkan kawasan pembalakan di negeri ini masih terpelihara.
Katanya melalui SMS tersebut semua operasi pengusahahasilan hutan di Terengganu sehingga sekarang masih berada di tahap yang baik berbanding lain-lain negeri.
"Buat masa ini, negeri Terengganu masih diliputi 0.544 juta hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal iaitu 42 peratus daripada keluasan tanah negeri," katanya ketika merasmikan Program Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Tebu dekat Besut semalam.
Menurutnya kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan negeri sentiasa memberikan penekanan agar segala sumber khazanah perhutanan yang ada digunakan secara bijak bagi menjamin keberkekalan sumber hutannya.
No comments:
Post a Comment