Tuesday, July 10, 2012

Pengusaha Bijak Tidak Gadai Kualiti Kerja - MB

Pemain-pemain dalam sektor pembinaan dan pembekalan yang mampu bertahan lama dalam bidang ini adalah mereka yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, mereka yang bijak tidak akan mengadaikan kualiti kerja yang diberikan semata-mata untuk mendapat keuntungan sementara.

“Reputasi dan kepercayaan masyarakat terhadap kualiti kerja yang dihasilkan perlu diberi perhatian,” katanya ketika merasmikan Seminar Transformasi Pembinaan dan Pembekalan dan Summit serta Pelancaran T-Hardware di Terengganu Equestrian Resort (TER) semalam.


Teks Menteri Besar telah dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insfrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaaba Mohd Adib.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Landar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera; Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Kerja Raya, Encik Azhar Basiron dan Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Dato’ Izzat Emir.

Katanya salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah melebarkan aktiviti perusahaan di luar sempadan negara serta lakukan pendekatan untuk membolehkan pengusaha di sektor ini dapat menimba pengalaman dan kepakaran dengan melakukan kerja-kerja di luar negara.

“Perubahan sikap, merubah cara berfikir, bijak mengambil peluang, tidak mengenal putus asa dan sentiasa mengenal pasti potensi yang wujud pasti mampu mencipta lebih banyak kejayaan,” katanya.

Menurutnya, menjadi harapan semua , program sebegini mampu melahirkan usahawan pembinaan dan pembekalan yang kompeten, menguasai ilmu serta berupaya untuk mengeluarkan produk pada harga paling kompetetif.

Teganukita

No comments:

Post a Comment