Faiz perlu serlahkan keupayaannya yang sebenar... |
Pasukan berstatus kelab T-Team itu sebelum ini gagal mengekalkan rentak kemenangan di Sarawak apabila sekadar berkongsi satu mata bersama Johor FC setelah terikat 1-1 pada saingan Liga Super di laman sendiri, malam Sabtu lalu.
Biarpun pasukan Penyu Muda itu berjaya bangkit menerusi penyerang, Fadzli Saari pada aksi babak kedua perlawanan setelah ketinggalan 0-1 pada minit ke-31, namun Yunus melahirkan rasa kecewa dengan sikap anak buahnya yang masih berada pada tahap lama dan gagal mempamerkan kebolehan sebenar mereka sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Menurutnya, T-Team berpeluang mengutip mata penuh menerusi beberapa peluang pada aksi babak pertama perlawanan, namun mereka (pemain) masih bermain dengan lagak ‘lama’.
“Bila pelawat mendahului kedudukan, baru mereka cuba untuk bangkit. Inilah situasi sebenar dalam bola sepak bila kita ada kesempatan menjaringkan gol tetapi tidak menggunakan peluang itu sebaiknya.
“Jika dilihat, Faiz (Subri) mempunyai tiga peluang di depan gol dalam situasi satu lawan satu, namun gagal memanfaatkannya, begitu juga dengan Zarif serta Zairo dan keadaan begini memeningkan saya,” katanya ketika ditemui sejurus perlawanan berakhir Sabtu lalu.
Namun Yunus melahirkan rasa lega kerana skuad bimbingannya berjaya meraih satu mata berharga dan mengharapkan anak buahnya tidak hilang momentum dan segera bangkit dalam mengumpul mata maksimum menjelang dua lagi baki perlawanan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment