
Lelaki tersebut ditahan dalam Ops Tapis ketika polis melakukan serbuan di rumahnya di Kampung Bukit, Sungai Tong, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Abd Ani berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lapan butir peluru, dua ketul ganja mampat seberat 26.40 gram dan 10 bili pil kuda jenis WY di dalam bilik rumah berkenaan.
Polis juga turut merampas wang tunai RM1,150, dipercayai hasil jualan dadah dan suspek baru enam bulan bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Sungai Tong, katanya kepada pemberita di sini.
No comments:
Post a Comment