Thursday, July 5, 2012

Penyertaan WISE Meriahkan Seminar Antarabangsa Al-Quran 2012

Penyertaan The World Islamic Sciences and Education University (WISE) dari Jordan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal menyemarakkan lagi Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari 2012 (SQ2012) selama dua hari mulai 1 Dis ini.

Pengerusi SQ2012, Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata seminar anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu merupakan kesinambungan dari dua siri seminar dwitahunan pada 2008.


"Kita jangka SQ2012 kali ini amat menarik apabila mereka (WISE) dijangka menghantar wakil antara lima dan enam orang bersama kira-kira 400 peserta lain pada seminar itu," katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Dr Engku Ahmad Zaki berkata antara objektif seminar ialah untuk membincangkan isu-isu kontemporari menurut perspektif Al-Quran sebagai bukti ketinggian fungsi dan kerelevenan Al-Quran sebagai rujukan autoritatif dan autentik dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Beliau berkata SQ2012 akan menyaksikan pembentangan ucaptama yang akan disampaikan oleh Datuk Prof Dr Zulkifli Mohd Yusof iaitu Profesor di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment