Tuesday, July 3, 2012

Permohonan TR1MA Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini

Pemandu teksi boleh membuat permohonan subsidi tayar di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) mulai semalam 2 Julai 2012).

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya berkata pemandu teksi yang layak menerima bantuan TR1Ma ialah warganegara Malaysia yang berstatus pemandu pertama.

Permohonan mesti disertakan dengan salinan Kad Pemandu yang sah, MyKad serta lesen memandu dan borang permohonan boleh didapati di pejabat wilayah SPAD atau dimuat turun melalui laman web SPAD di www.spad.gov.my/tr1ma. 

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

Menurut SPAD pemohon boleh menghadirkan diri ke mana-mana pejabatnya atau pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpilih untuk menghantar borang permohonan itu.

No comments:

Post a Comment