Tuesday, July 3, 2012

Kawat Kesal Kenyataan Twitter Peter Butler Sifatkan Wartawan Parasit

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menganggap Peter Butler seorang yang tidak profesional kerana mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter miliknya, yang menyifatkan wartawan sebagai parasit.

Presiden Kawat Ayob Mamat berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu yang berasal dari England itu.

Beliau berkata sebagai seorang jurulatih profesional, Butler tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu, sebaliknya harus menerima keadaan semasa pasukan bimbingannya.


"Sebagai seorang jurulatih, beliau perlu menerima keadaan dan bukannya memandang sinis kepada wartawan hanya kerana wartawan tidak sehaluan dengannya.

"Sebaliknya, beliau wajar melihat dirinya dan menggunakan ruang yang ada bagi memperbetul keadaan pasukannya yang semakin ketinggalan, dan bukan menyalahkan pihak lain," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment