Thursday, July 5, 2012

Program Karisma Selendang Biru, Semarak Kasih Parlimen Marang Hari Ini


Program Karisma Selendang Biru Semarak Kasih Parlimen Marang akan diadakan di Dataran Alor Limbat, Marang, bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, hari ini (5 Julai).

Sehubungan itu, orang ramai dijemput memeriahkan program yang bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, kira-kira jam 12 tengah hari.


Menurut satu kenyataan, program turut menyediakan pelbagai acara menarik untuk semua lapisan usia seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi kerajaan, demonstrasi kerja tangan, pertandingan mewarna selain kaunter perkhidmatan pembayaran cukai dan hasil tanah.

Malah, orang ramai turut berpeluang mendaftar sebagai pemilih di kaunter khas yang disediakan penganjur, selain dapat berkongsi manfaat daripada taklimat agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Amanah saham Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Tekun Nasional.

Program turut disusuli dengan penyampaian anugerah tokoh ibu tunggal dan hadiah kepada pemenang pertandingan mengubah bunga, mengukir buah, mewarna, gerai pameran paling cantik serta cabutan bertuah.

Teganukita

No comments:

Post a Comment