Wednesday, July 4, 2012

Perjuangan Bekas Tentera Jadi Sia-Sia Jika Menentang Kerajaan - Ahmad Said


Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said mengingatkan bekas tentera supaya tidak sesekali menjadi kumpulan yang menentang kerajaan dan menanam hasrat untuk menjatuhkan kepimpinan negara hari ini dengan menyertai parti pembangkang.

“Dulu mereka berkhidmat 18 tahun memikul senjata mempertahankan negara, melindungi rakyat dan sanggup berkorban jiwa dan raga, tiba-tiba buang uniform (tamat perkhidmatan) dan pencen, mereka menentang kerajaan.

“Ini bermakna perjuangan mereka selama ini sia-sialah, mereka tidak dapat mengekalkan kerajaan yang ada,” katanya di sidang akhbar sempena Program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat serta Pendaftaran Ahli KVTTB 1Malaysia, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, semalam.


Turut hadir, Yang Dipertua KVTTB, Encik Mohd Sabri Abd Malek dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu, Roshali Taha.

Menteri Besar berkata, sebagai bekas anggota tentera mereka perlu menanam jati diri yang teguh dan mengekalkan semangat perjuangan dan sayangkan tanah air sebagaimana sikap yang diamalkan sepanjang bertugas menjaga keselamatan negara daripada musuh dan anasir negatif sebelum ini.

Malah, beliau juga menasihatkan golongan itu supaya menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang demonstrasi yang dianjurkan pihak penentang kerajaan kerana tindakan itu jelas melanggar undang-undang.

Teganukita

No comments:

Post a Comment