Saturday, July 7, 2012

Puteri Umno Perhebat Gerakan Tepis Serangan Siber Pembangkang

Pergerakan Puteri Umno memperhebat gerakan perang siber, terutama dalam menepis serangan dan fitnah pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata majoriti anggota pergerakan itu 'celik IT' dan ini memudahkan pergerakan tersebut menangkis sebarang isu dan fitnah yang ditimbulkan dengan fakta yang tepat.


"Kita tidak mahu bina kekuatan kita hasil fitnah, kita utamakan fakta, kita selalu berinteraksi dengan Biro Penerangan untuk dapatkan fakta yang boleh membantu kita menulis di alam maya

 "Walaupun hampir keseluruhannya boleh mengendalikan IT, kita telah mewujudkan kumpulan tertentu yang memberi fokus sepenuhnya kepada penulisan siber, dan mereka yang lain berperanan memantau cerita atau tuduhan isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Saya bangga Puteri reaktif terhadap isu yang dibangkitkan, terutama yang melibatkan parti," katanya Timbalan Menteri Kesihatan itu kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu semalam.

No comments:

Post a Comment