Sunday, July 8, 2012

RAMPAI TEGANUKU

Ella Tamat Zaman Bujang Malam Semalam Bernikah Dengan Juruterbang

Ratu Rock negara Ella, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya semalam apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Telok Gadong Baharudin Abu Bakar di rumah keluarga Ella di Telok Gadong  dalam satu majlis tertutup malam semalam.

"Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini," katanya yang ditemui selepas majlis itu.


Warga Emas Hampir Rentung Dalam Kebakaran Di Dungun

 

Seorang warga emas nyaris menjadi mangsa tragedi apabila api yang membakar sebuah kedai makan bersebelahan, menyambar dinding rumahnya dalam satu kebakaran di perkampungan yang kebanyakannya didiami nelayan dekat Dungun, awal pagi kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila api yang memusnahkan struktur kedai makan milik Che Othman Abdullah, 50, itu menyambar dinding rumah didiami Minah Mohd Zin, 75, sebelum merebak ke sebuah lagi rumah berhampiran milik Abdul Rahman Abbas, 60.

Baca Seterusnya....

Shahrizat Bangkit Terajui Wanita Umno Selepas SPRM Bersih Nama

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata segala tohmahan pembangkang yang cuba mengaitkan dirinya dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd ternyata sia-sia apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan beliau tidak terlibat.

NFC adalah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara terhadap pengimportan daging.

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata tindakan untuk mengheret beliau ke dalam kontroversi tersebut juga hanyalah retorik pembangkang yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

Baca Seterusnya


Sembunyi Bayi Dalam Beg Galas: Remaja Ditahan

Polis Terengganu menahan seorang remaja lelaki untuk membantu siasatan kes pelajar perempuan berumur 16 tahun yang menyembunyikan anak yang baru dilahirkannya di dalam beg galas, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek berumur 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling, Marang kira-kira pukul 4 pagi ini.

Katanya, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang diberi pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Disyaki Pukat Ikan Secara Bergandingan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan secara bergandingan di perairan Pulau Bidong, Khamis lalu.

Kedua-dua bot nelayan tempatan iaitu TRF 1304, Kelas C jenis pukat jerut dan sebuah bot kargo Nur 4 dikesan 10.36 pagi oleh kapal maritim APMM.

Menurut Laskar Kelas I Maritim, Salina Salleh penangkapan tersebut adalah hasil aduan orang awam.

"Bertindak atas aduan tersebut, kapal APMM bersama beberapa anggota segera bergerak ke lokasi berkenaan dan setibanya di lokasi, kelihatan dua bot baru saja selesai memukat ikan secara bergandingan," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu semalam.

Baca Seterusnya

No comments:

Post a Comment