Sunday, July 8, 2012

Sukma 2012 - Selangor Terus Atasi 14 Kontinjen

Pelumba basikal dari Sarawak, Addy Ammin Shahriman Osman (tengah) memenangi pingat emas dalam acara Mountain Bike Cross Country Kategori Lelaki sempena Temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sri Tualang Temerloh Sabtu. Pingat Perak dimenangi oleh pelumba dari Selangor, Norshahriel Haizat Ahmad Nazali (kiri) dan gangsa, Mohd Zulhafiz Saipuddin (Terengganu).
Selangor terus mengatasi 14 kontinjen lain dalam kutipan pingat pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia (Sukma) walaupun hanya dua pingat emas ditawarkan semalam.

Selangor unggul dengan tujuh emas, enam perak dan lima gangsa.

Kontinjen Sarawak merampas tempat kedua daripada Pulau Pinang dengan mengumpul lima pingat emas, dua perak dan lima gangsa.



Skuad Bujang Senang membolot kedua-dua pingat emas yang ditawarkan hari ini menerusi acara Mountain Bike (MBT) Cross Country bagi kategori lelaki dan wanita.

Tempat ketiga milik Pulau Pinang dengan lima butir emas dan empat gangsa.

Turut berlangsung ialah perlawanan peringkat saingan awal bagi acara badminton, hoki, boling padang dan bola tampar.

Hari ini, buruan pingat tertumpu kepada acara renang, terjun, pencak silat dan tinju.

No comments:

Post a Comment