Thursday, July 12, 2012

Selangor Terus Unggul Dalam Pungutan Pingat, Terengganu Jatuh Tempat Ketiga

Pelari Terengganu, Harith Ammar Mohd. Sobri dan atlet Pulau Pinang, Zaidatul Husniah Zulkifli masing-masing ditabalkan selaku raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang.
Selangor terus unggul di hadapan 14 kontinjen lain dalam pungutan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke-15 apabila menambah sembilan pingat emas pada hari ke-11 temasya itu, semalam.

Secara keseluruhan, Selangor semalam menggumpul 36 pingat emas, 27 perak dan 35 gangsa. Gimnastik muncul penyumbang utama bagi Selangor dengan empat pingat emas menerusi Nur Eli Ellina Azmi dalam acara batang titian kategori wanita selepas mengutip 13.5 mata manakala emas bagi acara senam lantai kategori wanita disumbangkan Farah Ann Abdul Hadi (13.2 mata).



Dua lagi emas menerusi Danniel Iskandar Richard yang mengutip 13.325 mata dalam acara kekuda pelana kategori lelaki dan Chua Jern Rong bagi acara palang sejajar kategori wanita dengan 12.975 mata.

Tuan rumah Pahang berjaya merampas kedudukan kedua dari Terengganu dengan pungutan 24 pingat emas, 26 perak dan 15 gangsa.

Terengganu berada pada kedudukan ketiga dengan 24 emas, 10 perak dan 18 gangsa.

Kemarau emas selama 10 hari Kelantan pada temasya itu berakhir hari ini apabila Muhamad Khairil Harith Harun memenangi pingat emas pertama buat kontinjen itu menerusi acara 10,000m jalan kaki lelaki dengan catatan masa 48:14.86s.

Beliau mengenepikan cabaran atlet Negeri Sembilan, T. Dhiban yang mencatatkan masa 49:33.81s untuk meraih perak manakala gangsa milik Muhamad Shamrin Mohd Aris dari Perak dengan masa 49:50.3s

No comments:

Post a Comment