Monday, July 23, 2012

SKSS 1 Cipta Serajah Pada Kejohanan Taekwando

Pasukan taekwando Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I (SKSS I) mencatat sejarah apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Malaysia (WTF) 2012 di SKSS I, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

Kejohanan kali pertama dianjurkan itu disertai 250 buah sekolah menengah dan rendah membabitkan 750 peserta daripada lapan negeri.


Bagi ketegori sekolah rendah, SKSS I berjaya menggondol 10 emas, 4 perak dan 10 gangsa mengenepikan SKSS II yang memperolehi 2 emas, 4 perak dan 6 gangsa mengatasi Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut dengan 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Sementara itu, bagi ketegori sekolah menengah pula, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut muncul johan dengan mengutip 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa mengatasi pencabar terdekatnya, MRSM Kota Putera dengan 3 emas, 2 Perak dan 4 gangsa selain Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) di tempat ketiga dengan 2 emas, 4 perak dan 3 gangsa.

Ketua Jurulatih SKSS I, Mohd Solihin Abdullah, berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya dalam kejohanan paling berprestij peringkat sekolah itu.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran untuk meraih banyak emas dalam kejohanan itu kerana saingan pasukan sekolah daripada negeri lain sangat kuat dan berpotensi untuk menyerlah.

“Kemenagan ini menyuntik semangat kepada pasukan kami untuk menghadapi Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa (WTP) 2012 pada Ogos ini di SKSS I.

 “Sebagai tuan rumah kita menyasarkan tempat tiga terbaik dalam kejohanan itu yang turut disertai pasukan elit dari luar negara seperti Thailand,” katanya.

Harian  Metro

No comments:

Post a Comment