Sunday, July 15, 2012

SUKMA 2012 - Sabah Juara Bola Sepak Selepas Menunggu 26 Tahun


Sabah berjaya merebut  pingat emas yang dianggap ibu segala pingat' dalam acara bolasepak selepas menumpaskan Perak 3-0 pada perlawanan akhir di Stadiuam Darul Makmur malam semalam.

Ini bermakna Sabah juara baru selepas Terengganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2011 menamatkan penantian selama 26 tahun yang dinobat sebagai juara bola sepak Sukma ke-15.

Rozaimi jaring gol ketiga Sabah untuk membolehkan negeri itu menjadu juara bolasepak Sukma ke 15.

Babak pertama perlawanan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan menguasai permainan tanpa sebarang jaringan.


Rentak perlawanan pada babak kedua semakin rancak apabila Perak terlebih dahulu melakukan percubaan berbahaya pada minit ke-62 menerusi larian solo Khairul Asyraf, namun sepakan derasnya terkena palang gol.

Kedudukan 0-0 menyaksikan perlawanan dilanjutkan 30 minit sebagai masa tambahan. Sabah berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Zulmansshah Aling pada awal perlawanan babak pertama masa tambahan. Lima minit kemudian Sabah mengganda jaringan menerusi Leopold Alfonso.

Mohd Rozaimi Abd Rahman kemudian menambah duka pasukan Perak apabila menjaring gol ketiga Sabah pada minit ke-11.

Sementara itu, pada babak kedua masa tambahan, Perak meneruskan perlawanan dengan sepuluh pemain selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah akibat mengasari pemain Sabah Mohd Rozaimi di minit ke-14.

Sabah yang berada dalam keadaan selesa mula bermain secara defensif bagi menyekat serangan Perak. Perlawanan berakhir dengan keputusan Sabah 3, Perak 0.

Jurulatih Sabah Johny Dominicus berkata beliau bangga dengan kejayaan malam ini dan menyifatkannya sebagai kejayaan seluruh rakyat negeri tersebut.

"Saya mengakui bukan mudah untuk kita menewaskan Perak kerana mereka memberi tentangan yang hebat. "Namun, nasib menyebelahi Sabah apabila kita mula mendapat rentak pada tambahan masa pertama," katanya kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment