Wednesday, July 11, 2012

Sukma 2012 - Wilayah Persekutuan Kuasai Hari Pertama Acara Olahraga

Wilayah Persekutuan menguasai kutipan pingat emas pada hari pertama acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada Selasa dengan mengutip dua daripada enam pingat yang dipertandingkan di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Dua pingat emas itu diperoleh menerusi Elena Goh Ling Yin dalam acara 5,000m jalan kaki wanita pada awal pagi semalam manakala pingat emas kedua disumbangkan oleh Yap Sean Yee menerusi acara lompat tinggi wanita.


Empat lagi pingat emas masing-masing satu dimenangi oleh Sarawak, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

Acara terakhir dalam sukan olahraga semalam  dimenangi oleh Ahmad Luth Hamizan dari Negeri Sembilan yang menamatkan 25 pusingan perlumbaan bagi acara 10,000m lelaki dengan catatan masa 34:47.69'.

Sebanyak 10 pingat emas ditawarkan hari ini  menerusi acara olahraga iaitu lompat kijang wanita, lompat tinggi lelaki, 5,000m lelaki, 10,000m jalan kaki, lontar pelurulelaki, 400m wanita, 400m lelaki, 100m wanita, 100m lelaki dan acara 5,000m wanita.

No comments:

Post a Comment