Friday, July 13, 2012

Sultan Terengganu Sempurna Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru KTS


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah tapak bangunan baru Hospital Pakar Kuala Terengganu (Hospital KTS), di Kuala Terengganu, semalam.


Hospital milik TDM Berhad, iaitu sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu itu, akan dibina dengan kos RM170 juta, di atas tanah seluas 23,424 meter persegi di pantai Batu Buruk yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.



Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik berkata hospital baru lapan tingkat itu yang akan menggantikan Hospital KTS di Jalan Kamaruddin, di Kuala Terengganu menyediakan kemudahan 130 buah katil pesakit, lima buah dewan bedah, satu unit rawatan rapi (ICU) 12 buah katil.

"Ia akan dilengkapi dengan peralatan moden, terkini dan canggih bagi memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan termampu," katanya.

Berucap pada majlis pecah tanah hospital itu yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Roslan berkata hospital yang baru itu menyediakan 281 ruang letak kereta untuk kemudahan pelawat dan pesakit

No comments:

Post a Comment