Wednesday, July 11, 2012

Sukma 2012 - Terengganu Ditempat Kedua, Pelumba Basikal Cipta Hatrik

Pelumba Terengganu yang memenangi pingat emas acara ujian masa berpasukan sejauh 80 kilometer pada Sukma ke-15 semalam.
Skuad  lumba basikal Terengganu melakar hatrik apabila meraih pingat emas dalam acara ujian masa berpasukan lelaki semalam.

Sumbangan emas ini membantu Terengganu untuk melonjak ke tangga kedua dengan 16 emas, iaitu 10 emas di belakang Selangor.

Kelmarin, Terengganu di tangga ketiga dan lonjakan ke tangga kedua hari ini dijangka mampu mengekori rapat Selangor yang bertekad merampas juara daripada Terengganu yang mencipta hatrik kemenangan sejak 2008.

Sementara itu, pada perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Klinik Kesihatan Temerloh itu semalam, Terengganu yang dibarisi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri, Muhammad Khairul Azizi Abdulladan dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri merakamkan masa 1 jam 34:38.909 saat.

Ia merupakan kejayaan ketiga berturut- turut buat skuad Terengganu selepas mereka meraih emas pada temasya 2008 di Terengganu dan edisi 2010 di Melaka.

Jurulatih Terengganu, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan menjadi individu paling gembira selepas melihat kejayaan anak- anak buahnya itu.

Menurut Syed Mohd. Husaini, kejayaan itu dicapai apabila setiap pelumba memberikan fokus berdasarkan latihan yang dijalani sebelum ini.

"Sebelum menghadapi Sukma di Pahang, para pelumba telah menjalani latihan selama lima bulan sebelum saya memberikan tumpuan di laluan perlumbaan sebenar selama dua minggu.

"Berdasarkan latihan itu, kami membuat post-mortem bagi mengenal pasti kelema- han sebelum menghadapi perlumbaan sebenar," kata Syed Mohd. Husaini.

Pingat perak acara itu dimenangi Negeri Sembilan yang terdiri daripada Mohd. Ekbar Zaman Huri, Amirul Anuar Jafri, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohamad Fairet Rusli dengan catatan masa 1 jam 39:12:797s.

Brunei yang dibarisi Azmi Abd Hadzid, Ahmad Rifa'ie Johor, Muhammad I'maadi Abd. Aziz dan Muhd. Syazwi Azhar Muhd. Hairolrani meraih pingat gangsa dengan catatan masa 1:40:53:516s.

Dalam pada itu, barisan pelumba Pahang terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila penyertaan mereka dibatalkan gara-gara memasuki laluan yang salah.

Pengurus pertandingan acara berbasikal Sukma ke-15 Pahang, Aminudin Sulaiman berkata, akibat kesilapan tersebut pelumba-pelumba Pahang terpaksa melalui jarak laluan 800 meter lebih jauh daripada laluan asal.

"Masalah itu berpunca daripada kekeli- ruan yang ditimbulkan pegawai bertugas di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Perang.

"Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu meranapkan impian pasukan Pahang bagi merebut sekurang-kurangnya pi- ngat perak," kata Aminudin.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment