Selepas teguran demi teguran seperti seorang bapa menegur anaknya, Ahmad Said terpaksa menyebut mengenai peruntukan tahunan sebagai peringatan.
Dan jika Menteri Besar menyatakan peruntukan untuk bolasepak berhasilkan prestasi pasukan, apakah itu tidak wajar?
Balaban cuba melepasi pemain Sabah, Radzi Mohd Hussin dalam saingan Liga Super, malam tadi. |
Dengan berbaki satu perlawanan, janji pengurusan pasukan Terengganu untuk meletakkan pasukan itu di tangga kedua atau ketiga tidak akan kesampaian.
Dengan kata lain, Terengganu terlepas untuk layak ke Piala AFC 2013.
Apakah teguran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kepada pengurusan pasukan sebelum ini tidak wajar dan berupa ugutan? Teguran bukan dibuat sekali, malah berkali-kali.
Selepas teguran demi teguran seperti seorang bapa menegur anaknya, Ahmad Said terpaksa menyebut mengenai peruntukan tahunan sebagai peringatan.
Dan jika Menteri Besar menyatakan peruntukan untuk bolasepak berhasilkan prestasi pasukan, apakah itu tidak wajar?
Jangan anggapnya sebagai ugutan tetapi itulah hakikatnya yang perlu difahami dan diambil perkiraan oleh pengurusan bolasepak Terengganu kerana peruntukan itu wang rakyat.
Jangan apabila Menteri Besar menegur, pengurusan menganggap ia ugutan dan menjadikannya modal untuk ‘menyerang balik Menteri Besar’ dengan pelbagai tohmahan dan anggapan yang bukan-bukan!!!
Peruntukan besar kerajaan negeri kepada bolasepak Terengganu cuba bandingkan dengan peruntukan untuk negeri lain.
Berapa banyak sumbangan kerajaan Kelantan yang membolehkan Kelantan menjadi juara berganda sehingga ini ialah Piala Liga Super dan Piala FA? Kelantan mungkin memburu satu lagi Piala iaitu Piala Malaysia dan sedang mara ke Piala AFC 2012.
Tidak malukah kita dengan peruntukan besar tetapi hanya berjaya menduduki tempat kelima dan T-Team pula menduduki tempat ketujuh?
Semalam di Stadium Pasir Gudang, Johor FC mencatat kemenangan 2-0 ke atas Terengganu dan kekalahan ini mungkin wajar untuk dilihat apakah janji yang tidak dapat ditepati itu dibiarkan begitu sahaja?
Janji bukan kepada Menteri Besar sahaja tetapi Exco turut membincangkan perkara ini dua minggu lalu pada mesyuaratnya yang diadakan di Kuala Lumpur.
Wakil kelab dari Terengganu, T-Team bernasib baik menang ke atas Naib Juara Piala Liga Lions XII dari Singapura, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Naib juara liga tewas mengejut 1-2 kepada T-Team dengan Azrul Hazran membuka tirai jaringan untuk T-Team seawal minit keenam perlawanan sebelum ketua pasukan, Rosdi Talib yang mahu mengeluarkan bola daripada kotak penalti terkena rakan sepasukan Bojan Patric yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-25.
Namun, Rosdi Talib muncul wira skuad T-Team apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.
Juara Liga Super, Kelantan turut mengalami kekalahan kedua musim ini selepas tewas 0-1 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka malam Selasa tetapi itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap kedudukannya sebagai juara.
Skuad The Red Warriors yang berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi mereka musim lepas selepas mengumpul 57 mata pada Sabtu, tewas menerusi jaringan pemain import Felda United dari Perancis, Mickael Antoine-Curier pada minit ke-37.
Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan.
Pasukan tuan rumah yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan kapten, Amri Yahyah pada minit ke-15 dan tolakan Solihin Kanasian minit ke-29.
Penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein terus tewas buat kali ketiga hanya dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi bola lambungan menarik penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban.
Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-84 dan rembatan susulan Rozaimi Abd Rahman minit ke-88 selepas sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Namun sehingga wisel penamat, Sabah gagal mendapatkan gol penyamaan.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal mengambil kesempatan daripada kekalahan Terengganu untuk memperbaiki kedudukan apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur.
Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Shakir Ali pada minit ke-53, manakala jaringan penyamaan pelawat dihasilkan oleh Pritam Singah dua minit sebelum permainan tamat. Di Stadium Negeri Kuching, Sarawak dan PKNS juga sekadar berkongsi mata apabila terikat 0-0.
No comments:
Post a Comment