Friday, July 27, 2012

Terengganu Taja Ibu Bapa Atlet Ke London

 
Atlet dari Terengganu yang akan mewakili negara di Sukan Olimpik London, akan turut ditemani sama ada ibu atau bapa masing-masing, hasil tajaan kerajaan negeri.

Atlet berkenaan ialah empat atlet berbasikal iaitu Adiq Husaini Othman, Amir Mustafa Rosli, Fatihah Mustafa dan Azizul Hasni Awang.

Dua orang lagi merupakan atlet memanah iaitu Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim.


 "Ini sebagai suntikan semangat kepada atlet-atlet berkenaan dalam mengejar kejayaan dan mencipta nama di kejohanan itu," kata Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Zainal Abidin Hussin semalam.

Beliau berkata ibu bapa atlet berkenaan berangkat ke London secara berasingan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment