Tuesday, August 14, 2012

134 Kemalangan Berlaku Di LPT2 Sejak Dibuka Ogos Tahun Lepas


Sejak dibuka pada 22 Ogos tahun lepas, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) laluan Ajil-Bukit Besi telah mencatatkan 134 kemalangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Za'abar Mohd Adib berkata daripada jumlah itu, lima kemalangan maut, dua cedera parah, empat kes membabitkan cedera ringan.

"Kajian yang dibuat pihak LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) di laluan berkenaan mendapati sikap, kecuaian pemandu, memandu melebihi had laju dan keadaan cuaca adalah antara sebab kemalangan berlaku di LPT2," katanya.

Beliau menjawab soalan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.

"Untuk makluman Dewan, pada aspek penjagaan dan penyelenggaraan jalan laluan itu, pihak MTD Capital Selangor Contractor bagi pakej berkenaan masih bertanggungjawab atas segala kecacatan untuk tempoh dua tahun dari mula dibuka hingga 21 Ogos tahun depan," katanya.

No comments:

Post a Comment