Friday, August 31, 2012

28 Negara Sah Sertai Persidangan Perlebahan Asia Di Terengganu

Sebanyak 28 negara mengesahkan penyertaan dalam persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan Se-Asia yang akan diadakan selama enam hari bermula 28 Sept ini, di Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu Asha'ari Idris berkata selain Malaysia, negara lain termasuk Australia, Kemboja, Cameroon, Kanada, China, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Iran, Jepun, Libya, Amerika Syarikat, Venezuela dan Singapura.

"Dalam persidangan itu nanti, kita akan membincangkan antaranya mengenai masalah pengeluaran serta hala tuju industri madu dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran persidangan, di Kuala Terengganu, semalam.

Asha'ari berkata Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan persidangan pada tahun ini bagi membangunkan industri lebah negeri termasuk dari segi ekopelancongan.

Terengganu yang mewakili Malaysia menewaskan tiga lagi negara untuk penganjuran kali ini iaitu India, Vietnam dan Jepun, katanya menambah tahun lepas persidangan berlangsung di Korea Selatan.

No comments:

Post a Comment