Friday, August 31, 2012

Terengganu Hantar 30 Pelajar Ikuti Pengajian Di Universiti Jordan September Ini


Terengganu maju setapak lagi dalam bidang pendidikan setelah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) bagi penghantaran 30 orang pelajar melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan.

Daripada jumlah itu seramai 20 pelajar akan menyambung pengajian selama lima tahun di peringkat ijazah perubatan manakala 10 lagi dalam bidang pergigian mulai September ini.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata MoU itu selari dengan sasaran untuk menghantar 100 pelajar mengikuti bidang perubatan di luar negara.

"Kita berharap lebih ramai pelajar akan dapat dihantar ke Jordan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Yayasan Terengganu (YT) dan JUST di Stadium Tertutup Gong Badak, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, Terengganu sebelum ini menghantar pelajar perubatannya ke Mesir dan memandangkan keadaan di negara itu tidak stabil, alternatif lain terpaksa dicari.

No comments:

Post a Comment