Thursday, August 23, 2012

Arkib Negara Pelawa Orang Ramai Sumbang Koleksi Tokoh Untuk Diabadikan

Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu (ANMCT) meminta orang perseorangan di negeri ini tampil menyumbang sebarang koleksi tokoh penting dalam pelbagai bidang untuk dipulihara dan diabadikan.

Pengarahnya Mohd Nasir Ismail berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang sumbangan berkaitan tokoh sama ada dalam bidang politik, pelajaran, ekonomi dan agama.


 "Koleksi sedemikian sebenarnya amat penting khususnya bagi penyelidik dan pelajar supaya mereka dapat menjalankan kajian dan penyelidikan.

"Kami berharap pelajar dan pengkaji sejarah dapat menggunakan bahan-bahan yang tersimpan di ANMCT untuk disebar luas kepada masyarakat melalui hasil tulisan dan kajian masing-masing," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Mohd Nasir berkata terbaharu ANMCT memperoleh khazanah berkaitan bidang ilmu falak yang disumbangkan waris tokoh falak tersohor negeri Terengganu Allahyarham Haji Abdul Ghani Salleh.

No comments:

Post a Comment