Thursday, August 23, 2012

Empa t Pemandu Lori Minyak Ditahan Seleweng Diesel Bersubsidi

Empat lelaki termasuk tiga pemandu lori tangki milik syarikat minyak di negara ini, ditahan semalam kerana dipercayai menyelewengkan diesel yang sepatutnya dihantar ke stesen minyak di Kelantan.

Mereka yang berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan dalam satu operasi di Kampung Lak Lok dekat Jerteh, membabitkan pasukan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta polis Besut
.

Timbalan Pengarah Pejabat KPDNKK Terengganu Ab Ghani Harun berkata tiga pemandu lori tersebut yang membawa muatan diesel dari Kuantan, Pahang dijadual menghantar bekalan ke enam stesen minyak di Kelantan.

Cara mereka seleweng ialah dengan tidak menurunkan semua bekalan di stesen minyak terbabit dan menjual lebihan itu kepada pengusaha lori tangki persendirian yang turut ditangkap semalam.

Ketika ditangkap keempat-empat suspek sedang memindahkan lebihan minyak tersebut, katanya menambah operasi adalah hasil intipan selama beberapa hari.

No comments:

Post a Comment