Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai unit khas, Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka), untuk menangani masalah disiplin anggota.
Pemangku Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ASP Che Affandi Che Harun berkata Baka ditubuhkan bagi memberi nasihat dan bimbingan kepada anggota polis yang mempunyai masalah disiplin dan sebagainya.
"Kami (polis) mempunyai ramai anggota dan kakitangan dan antara mereka tentu ada masalah yang perlu diberi nasihat atau bimbingan melalui unit Baka.
"Baka yang diwujudkan pada 2008 di IPK banyak mainkan peranan membimbing beberapa anggota yang mempunyai masalah seperti disiplin hingga berjaya dipulihkan melalui saluran agama dan kaunseling," katanya.
Baka sering mengadakan kerjasama dengan badan-badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setiap kali mengadakan ceramah untuk anggotanya.
No comments:
Post a Comment