Seorang buruh yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam, mengaku tidak bersalah merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun pada Februari tahun lalu.
Tertuduh, Suhaipudin Aziz, 25, dari Jalan Bunga Melor, Dungun mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris, tetapi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di kawasan hutan Bukit Pak Samad Batu Tiong, Kuala Abang, Dungun, jam 6 petang pada 28 Februari tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, Suhaipudin berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan Suhaipudin diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@Mamat manakala Suhaipudin tidak diwakili peguam.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment