Friday, August 24, 2012

Bantuan Motosikal Fama Bantu Usahawan Kecil Terengganu Berdikari

Pemberian motosikal roda tiga oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri Terengganu berjaya mengubah kehidupan seorang peniaga ikan air tawar kecil-kecilan di Kuala Terengganu.

Memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu, Mohd Khairi Yassin, 30, kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,000 sehari, sekali gus memberi kehidupan yang lebih selesa kepada isteri dan dua anaknya.

"Pemberian jentera ini menjimatkan belanja, kerana sebelum ini saya menyewa van orang untuk menjaja dari kampung ke kampung kerana tidak ada wang untuk membeli kenderaan sendiri," katanya semalam.

Beliau antara 20 usahawan kecil di negeri ini yang menerima kenderaan bernilai RM7,000 itu.

Mohd Khairi berkata dengan bantuan motosikal itu juga beliau dapat menjimatkan kos sewa van sebanyak RM200 dan petrol RM60 setiap hari.

No comments:

Post a Comment