Friday, August 24, 2012

Mohd Afif Tekad Pamer Aksi Cemerlang Dalam Tiga Kejohanan Berbasikal Serantau Bulan Depan

Pelumba berbasikal lebuh raya kebangsaan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri bertekad mempamerkan aksi cemerlang pada tiga kejohanan berbasikal serantau, September ini.

Tiga kejohanan berbasikal serantau itu ialah Tour de East Java di Jawa Barat, Tour of Brunei dan Tour d'Indonesia.

Beliau berkata peluang yang diberikan oleh jurulatih, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia jarang diberi kepada pelumba muda.

"Sebelum ini, saya beraksi untuk pasukan pelapis selama empat tahun sebelum diserap ke dalam pasukan elit awal tahun ini...pencapaian terbaik ialah meraih tempat kedua dalam Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia awal tahun ini.

"Jadi saya harap mampu mencipta kejutan pada tiga kejohanan itu," katanya semalam.

Mengulas mengenai persediaan untuk menghadapi tiga kejohanan berbasikal serantau itu, anak jati Kuala Terengganu berusia 20 tahun itu berkata beliau kini giat menjalani latihan di bawah Syed Muhammad Hussaini di sekitar Lembah Klang.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete