Batik asli Terengganu kini berdepan sainan batik tiruan... |
Harga yang jauh lebih murah selain kelihatan hampir sama dengan batik asli menyebabkan ramai pengguna memilih batik tiruan, manakala bagi yang jahil seni batik pula terpedaya menganggap batik tiruan sebagai produk asli.
"Saya sedih dengan keadaan ini kerana ia akhirnya merosakkan industri batik yang menjadi ikon kepada negeri Terengganu dan sebolehnya kami mahu memelihara batik negeri ini," kata seorang pengusaha Wan Ruzima Wan Abdullah semalam.
Katanya persaingan semakin dirasai sejak setahun lalu apabila ramai pelanggan datang ke premisnya bertanyakan batik harga murah dan berlalu pergi apabila dimaklumkan harga produk asli.
"Batik asli paling murah harganya RM80 dan boleh mencecah RM450, manakala batik tiruan harganya jauh lebih rendah
Lebih buruk lagi apabila pada pandangan mata kasar batik tiruan itu kelihatan sama dengan produk asli," katanya.
No comments:
Post a Comment