Wednesday, August 29, 2012

BN Terengganu Optimis Kekal Kemenangan, Rampas Kawasan Pembangkang



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat keyakinan rakyat negeri itu pada pilihan raya umum nanti.

Sambil optimis dengan hakikat berkenaan, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan turut merampas kembali beberapa kawasan yang dimenangi oleh pembangkang.

“Insyaallah kita telah menggerakkan jentera kita dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa dan dengan kerjasama semua pihak dan semangat muafakat daripada semua pihak, kita yakin BN akan terus mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat pada pilihan raya nanti.

“Dan hari ini kita lihat sambutan rakyat semakin baik dan nampaknya rakyat gembira dengan apa yang telah kita laksanakan. Insyaallah dengan kehendak Allah s.w.t kita akan mencapai kejayaan lebih baik nanti,” katanya kepada UMNO-Online di Kuala Lumpur.

Beliau seterusnya menambah rakyat Terengganu telah memberikan kepercayaan sebanyak dua kali kepada pembangkang untuk memerintah negeri berkenaan iaitu pada 1959 selepas Merdeka dan pada 1999.

“Pada 1999, bukan kerana Pas kuat tetapi kerana isu politik semasa pada waktu berkenaan. Kita lihat mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab pada waktu berkenaan,” katanya.

Berhubung pelbagai isu yang dimanipulasi oleh pembangkang seperti soal pemberian tanah, masalah kepimpinan negeri serta perkara-perkara lain, Ahmad Said dengan sinis menyifatkan ianya menggambarkan pembangkang ketandusan isu.

Katanya Pas negeri itu ketiadaan isu untuk dimanipulasi dan sebaliknya mendendangkan cerita lama dalam usaha menarik sokongan rakyat.

“Dalam isu tanah contohnya tiada apa pun yang kita sembunyikan dan kita lebih telus dan mengikut peraturan….zaman mereka memerintah apa jadi… Begitu juga dalam soal kepimpinan…. Alhamdulillah hari ini bertambah erat.

Semua itu adalah kenyataan mereka sahaja. “ Sebenarnya banyak pembangunan untuk rakyat yang telah kita laksanakan..semua kita sediakan..rumah kos rendah… baiki rumah…. Pas memerintah dulu apa yang dia buat. Kemudahan sukan…

Pelajaran dan kos baik pulih rumah cukup tinggi kita sediakan untuk rakyat dan macam-macam lagi.

“Jadi kita penuh yakin dan insyaallah BN akan kekal memerintah Terengganu pada pilihan raya umum nanti,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment